Quote for today :
Sabda Rasulullah s.a.w
- Layani lah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia...
- Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah
- Sembahyang itu menbawa ketengah jalan, berpuasa memajukankamu kehadapan dan sedekah ( saling menbantu) memasukan kamu ke dalamnya..
- Tiada dosa yang lebih besar di sisi Allah s.w.t. sesudah syirik daripada titisan mani yang diletakkan di dalam rahim yang haram baginya.
- Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga.
- Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya.
- Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
- Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
- Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
Ada 3 perkara barang siapa yang terdapat padanya tiga perkara itu, maka dia akan dilindungi,diberi rahmat oleh Allah dan dimasukan ke dalam syurga Nya; iaitu :
- Bila diberi sesuatu dia bersyukur.
- Bila mampu melakukan pembalasan (atas kesalahan orang lain kepadanya ) dia memaafkan.
- Bila dia marah,dia menahanya.
- Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.
Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu:
- memberi salam apabila bertemu dengannya.
- menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis.
- panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.
- Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya
- Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya..
No comments:
Post a Comment